SISYPHUS SIMBOLISM MOVIE TRIANGLE
May 13, 2019
Seperti yang aku sebutkan dalam review movie Triangle,
setiap kejadian yang menimpa Jess dari awal babak hingga ke akhir adalah
bersangkut-paut dan ada kaitannya dengan kisah Sisyphus yang menerima hukuman
setelah melawan takdir dengan menipu dewa kematian sebagai helah mempertahankan
nyawanya. Boleh dikatakan, setiap olahan cerita adalah simbolik atau metafora
bagi kisah mitologi Yunani tersebut.
Sisyphus merupakan anak kepada Aeolus, pemerintah
kerajaan Thessaly. Sisyphus dan abangnya, Salmoneus saling membenci.
Sepatutnya, Sisypus adalah pewaris takhta untuk kerajaan Thessaly tetapi takhta
tersebut dirampas oleh abangnya sendiri. Walau bagaimanapun, Sisyphus tetap
menjadi raja tetapi di daerah Ephyra atau sekarang ni dikenali sebagai Corinth
di Greece.
Kisahnya bermula pada ketika Asopus (Dewa Sungai di
Greece) kerunsingan atas kehilangan anaknya (Aegina) yang telah diculik.
Disebabkan hanya Sisyphus saja yang tahu siapa penculiknya, dia bertindak
mengambil kesempatan ke atas Asopus. Sisyphus berjanji akan memberitahu kepada
Asopus tapi sebagai balasan, Asopus perlu menunaikan permintaannya.
Syaratnya ialah Asopus wajib menjadikan eternal spring
untuk kerajaan Sisyphus di Corinth. Selepas Asopus menyetujui tawaran tersebut,
Sisyphus segera membongkar rahsia bahawa Zeus ( dewa petir ) lah si penculik
tersebut.
Menyedari perkhabaran tersebut, Asopus dengan berangnya
bertindak untuk mengejar Zeus. Disebabkan
kegagahan dan kekuatan yang Zeus miliki, dia kemudiannya mengarahkan Asopus
untuk berhenti mengejarnya. Zeus yang demikiannya berang selepas rahsianya
terbongkar, bertindak untuk menghukum Sisyphus.
Zeus amat memarahi Sisyphus kerana sanggup mengkhianatinya. Oleh sebab itu, dia mengarahkan Thanatos ( dewa kematian ) untuk menghukum
Sisyphus. Jasad Sisyphus kemudiannya kian terhapus dan lenyap sejurus Thanos
memetik jari menggunakan gauntlet....eh maaf, salah karakter.
Thanatos yang kemudiannya tadi menerima arahan terus
membawa Sisyphus untuk dihakimi. Sewaktu Thanatos bertindak untuk menggarinya,
Sisyphus telah melakukan helah dengan meminta Thanatos mendemonstrasikan
bagaimana gari tersebut berfungsi. Dengan serta-merta, Sisyphus mengambil
peluang untuk menggari Thanatos. Thanatos akhirnya terperangkap dengan ikatan
gari yang cukup kuat.
Disebabkan ketiadaan dewa kematian, Ares ( dewa
peperangan ) cukup merasa bosan kerana setiap kali berlaku peperangan, tiada
seorang pun yang mati walaupun berlaku kecederaan yang sangat parah. Berikutan hal
itu, Ares bertindak mencari Thanatos dan membebaskannya.
Walau bagaimanapun, Sisyphus masih tidak terlepas
dengan hukumannya. Dia tetap dihukum untuk berjumpa dengan Hade ( dewa kematian
dan pemerintah di underworld ).
Sebelum Sisyphus meninggal. Dia telah memesan kepada
isterinya, Merope untuk membantunya melakukan helah. Merope diperintahkan untuk
tidak menanam jasadnya dan kemudian mengadakan majlis pengebumian terhadapnya.
Hal yang terkahir, Merope perlu menyembunyikan coin khas di bawah lidah
Sisyphus daripada pengetahuan Charon ( ferryman yang membawa roh merentasi Sungai
Styx.)
Sungai Styx adalah sungai pemisah di antara dunia dan
underworld. Roh yang terpisah dari jasad perlu membawa coin untuk dibayar pada
Charon. Jika terdapat roh yang tidak mampu membayar tambang atau jasadnya di
bumi tidak dikebumikan secara baik, roh tersebut akan terperangkap dan
berkeliaran di kawasan tepi sungai tersebut selama hampir beratus-ratus tahun
lamanya.
Dengan kecerdikan Sisyphus, dia telah menggunakan dua
helah ini untuk kembali semula ke dunia. Sisyphus mengadu kepada Persephone (
Ratu di underworld ) bahawa dia tidak berhak untuk ke sana. Atas alasan
mayatnya yang tidak dikebumikan akan memberi contoh yang tidak baik kepada para
janda di bawah pemerintahan kerajaannya. Dia juga turut menyatakan bahawa dia
akan ke sana semula kononnya untuk menghukum isterinya.
Juga atas alasan dia tidak membawa seketul coin untuk
Charon yang pada asalnya sengaja disembunyikan. Jadi katanya, dia tidak akan
boleh dihukum atas perbuatannya pada Zeus jikalau rohnya terperangkap. Selepas
Persephone menilai hujahnya, Sisyphus dibenarkan untuk pulang semula ke dunia.
Dia berjanji akan pulang semula ke sana selepas
urusannya berakhir selama 3 hari. Sudah tentunya dia tidak akan kembali. Walau sudah
lebih tiga hari, Sisyphus tetap tidak pulang malah hidup di dunia untuk
bertahun lamanya.
Sebagai hukuman terhadap Zeus dan Hade, dia dipenjara
di Tartarus iaitu merupakan bahagian paling bawah di underworld.
Sisyphus diberi hukuman untuk menggolekkan batu yang
sangat besar ke atas satu puncak bukit. Malangnya usahanya selalu gagal, Tiap
kali dia hampir tiba di puncak, batu besar tersebut akan bergolek ke bawah
semula. Sumpahan kepada batu tersebut adalah sebagai hukuman terhadapnya. Begitulah
takdir hidup Sisyphus. Mengulangi perbuatan tersebut untuk berulang kalinya.
[ PENJELASAN
MOVIE TRIANGLE ]
Seperti yang berlaku pada Jess, setiap kali dia mahu
menyelamatkan nyawanya sendiri, proses tu tidak akan terjadi dan sentiasa
berulang.
Ingat tak scene di mana Jess di dalam taxi? Driver taxi
menanyakan adakah Jess akan kembali semula dan Jess menjawab ya. Tapi hakikatnya,
Jess memungkiri janji malah ikut rakan-rakannya menaiki bot layar. Sama seperti
kejadian di mana Sisyphus memungkiri janji untuk pulang semula ke underworld.












0 comments